Rabu, 3 Februari 2010

APA ITU TEKNOLOGI?

APA ITU TEKNOLOGI???

Mengikut Galbraith (1967) ‘technology is the systematic application of scientific or other organised knowledge to practical tasks’. Systematic application bermaksud teknik yang digunakan harus ada kerangka reka bentuk untuk menghasilkan satu ‘total system’ pengajaran-pembelajaran. Application of scientific knowledge bermaksud teknik harus menggunakan ide (teori) yang telah diuji dan didapati berjaya dan aplikasinya telah disahkan melalui ujian. Kerangka atau templat yang dihasilkan melalui ujian perlu distruktur supaya guru dapat mengggunakan pola instruksional berulang kali.

Selain pandangan di atas, teknologi mengikut Finn (1960) Heinich, Molenda dan Russell (1989) dan Romizowski (1988) membawa dua maksud:

. Teknologi sebagai proses: Penggunaan pengetahuan sains dan lain-lain cabang ilmu untuk menghasilkan tugasan-tugasan pembelajaran yang praktikal. Suatu proses ke arah penyelesaian kepada masalah-masalah dengan menggunakan teknik, kaedah, reka bentuk atau alat yang berkesan dan teruji.

· Teknologi sebagai produk atau bahan: Penghasilan perkakasan dan perisian hasil dari proses-proses teknologi itu sendiri. Contohnya, projektor (perkakasan) dan film, (perisian) adalah hasil teknologi.

Penjelasan teknologi sebagai proses dan produk ini sama seperti yang dimaksudkan oleh Saettler (1968, 1990) iaitu teknologi bukan bererti penggunan mesin sahaja, tetapi meliputi teknik penggunaan pengetahuan saintifik. Bagi Saettler (1990), teknik lebih penting daripada produk kerana untuk menghasilkan sesuatu memer­lukan proses. Proses pula perlu dilihat dalam konteks menggunakan kaedah atau teknik untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.


SUMBER RUJUKAN: hea.ump.edu.my/images/asdc/MODUL%203%203E.doc
Continue Reading...

KENALI WEB 2.0

PENGENALAN
Istilah Web 2.0 kerap kali kita dengar diruangan internet namun sejauh mana pengetahuan dan kefahaman kita dengan istilah ini.
Apa yang dikatakan dengan Web 2.0?Apa perbezaan Web 2.0 dengan Web 1.0 serta web 3.0?.





JOM KENALI APA ITU WEB TERLEBIH DAHULU..
Web atau WWW (World Wide Web) mulanya adalah aplikasi bagi menyimpan dan memapakan sesuatu teks atau catatan. Sebuah halaman web adalah dokumen yang ditulis dalam format HTML (Hyper Text Markup Language) yang kebiasaannya diakses melalui HTTP iaitu protokol yang menyampaikan informasi dari server website untuk ditampilkan kepada para pengguna melalui web browser. Halaman-halaman dari website biasanya diakses melalui sebuah URL yang dikenali sebagai homepage.



DEFINISI WEB 2.0
Siapakah yang pertama kali mencentuskan istilah web 2.0 ini? Orang yang memberikan istilah web 2.0 ialah O’Reilly Media sekitar tahun 2003 namun ketika itu istilah ini tidak mendapat perhatian namun dipopularkan pada tahun selepas itu iaitu 2004.

Istilah web 2.0 amat luas untuk diterangkan namun web 2.0 dikatakan sebagai sebuah aplikasi web yang melibatkan para pengguna merancang mahupun mengatur sesebuah catatan. Ada juga yang mengatakan web 2.0 lebih kearah social network antara pengguna seperti Blog, Facebook, Friendster dan lain-lain.

Rumusannya adalah istilah web 2.0 ini lebih kepada platform para pengguna menggunakan teknologi untuk memberi pandangan, memberi catatan berguna, dan sebagainya.

CIRI-CIRI YANG ADA PADA WEB 2.0
Mempunyai alikasi web yang ciri yang ada pada desktop.
Kita tidak perlu install sebarang software dan hanya menggunakan web browser, kita dengan pantas boleh melayari internet dengan mudah.


Mempunyai User-generated content (interactivity).
Ciri ini digemari kerana memberi peluang kepada pengunjung untuk meluahkan pandangan, kritikan atau pun menulis sesuatu catatan seperti laman blog, Friendster, My Space, Facebook dan sebagainya. Berbanding Web 1.0 yang hanya membaca catatan pada website seperti YouTube tanpa memberi sebarang kritikan mahupun pandangan.

Membolehkan pengguna mengaitkan antara satu sama lain.
Contohnya MyBlogLog yang boleh mengaitkan atau sebagai link kepada beberapa pautan yang kita suka mahupun laman kepunyaan kita.

Penggunaan RSS Feed dan RSS reader pada website mahupun blog.
Pengunjung tidak perlu lagi menaip URL dan memeriksa sesebuah website setiap hari kerana ia akan memaparkan maklumat terkini mengenai sesuatu website atau blog yang kita gemar untuk mengetahui perkembangannya.

Penggunaan skrip Open Source (OS)
Sama ada secara keseluruhannya atau separa-OS. Skrip pada wordpress.org, wiki, mozilla, sourceforge dan sebagainya.

Penggunaan Folksonomy
Penggunaan ini seperti tagging, tag clouds dan sebagainya untuk memberi kategori kepada webpage, links dan juga gambar.

User-friendly interaface.
Tidak seperti web 1.0 yang selalunya tidak berapa user-friendly, Web 2.0 sites memudahkan sesiapa sahaja untuk menggunakannya kerana ia merangkumi ciri-ciri WYSIWYG (what you see is what you get). Contohnya seperti Facebook, amat mudah untuk membina laman facebook.

PERKEMBANGAN ANTARA WEB 1.0, 2.0 DAN WEB 3.0

PERBEZAAN WEB 2.0 DENGAN WEB 1.0
Kelebihannya berpihak kepada web 2.0 kerana jika penggunaan web 1.0 hanya bersifat satu pihak sahaja berbanding dengan web 2.0 yang lebih bersifat keterbukaan untuk para pengguna untuk memberi pandangan atau lebih jelas lagi web 2.0 ini mempunyai komunikasi secara dua hala. Antara contoh web 2.0 seperti YouTube, Blogger, Myspace, Facebook dan lain-lain lagi.

Web 2.0 mampu melakukan aktiviti seperti drag and drop, auto complete, chat, dan voice seperti yang ada pada aplikasi desktop, bahkan berlaku seperti sistem operasi, dengan menggunakan AJAX atau berbagai plug-in (API) yang ada di internet. Hal tersebut akan merubah paradigma pengembang sofware dari distribusi produk menjadi distribusi layanan. Sedangkan karakter lainnya, kolaborasi dan partisipasi pengguna, ikut membantu memperkuat perbezaan pada Web 2.0.

Sebelum tahun 2000, web 1.0 diperkenalkan namun hanya pengguna yang memiliki ilmu pengetahuan mengenai web mampu untuk melakukannya. Berbeza dengan web 2.0 yang membuatkan para pengguna yang lemah pun mampun menghasilkan blog umumnya.

PERBEZAAN WEB 2.O DENGAN WEB 3.0

Perbezaan web 3.0 adalah web ini menggunakan web semantik yang merujuk kepada kemampuan aplikasi komputer untuk lebih memahami bahasa manusia yang bukan hanya bahasa baku tetapi juga bahasa percakapan harian sehingga memudahkan pengguna untuk berkomunikasi dengan mesin. Web 2.0 digunakan pada masa kini dan web 3.0 akan digunakan tidak lama lagi mengikut perkembangan teknoogi dari masa ke masa.

RUJUKAN:
http://www.ibm.com/developerworks/podcast/dwi/cm-int082206txt.html (diakses pada 22 April 2008)

http://www.oreillynet.com/pub/a/oreilly/tim/news/2005/09/30/what-is-web-20.html [diakses pada 22 April 2008]

Wei, Coach, Web 2.0 Re-examined: Paradigm Shift, Technology Stack, and Business Value, www.coachwei.com, 2006






Continue Reading...

Rabu, 13 Januari 2010

dingdong! dingdong!......

welcome to my CEBISAN INSAN...



MTS1022 (blog and web development) merupakan satu kursus yang baru bagi saya Selaku pelajar UPSI yang berminat mengikuti kursus yang berasaskan teknologi.

Kursus ini merupakan satu perkembangan kognitif untuk mempertingkatkan mutu intelek para pelajar termasuk diri saya yang serba kekurangan. ilmu yang diperoleh akan diaplikasikan dalam kehidupan dan akan dipikul sabaik mungkin untuk diturunkan ilmu kepada anak didik pada masa akan datang.
Continue Reading...
 

...CEBISAN INSAN...PEMBANGUNAN BLOG N WEB Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template

http://zulaikha1988.blogspot.com/